Satu lagi fenomena yang melanda dunia artis di Malaysia. Tidak
kiralah artis itu Melayu ataupun bukan Melayu, kita sering mendengar jawapan no
comment mereka apabila tidak mahu memberitahu sesuatu isu yang berkaitan
dengan peribadi mereka. Jawapan ini sudah tentunya menjengkelkan bagi para
wartawan yang cuba membongkar isu peribadi artis tersebut. Tetapi tidak bagi
artis tersebut kerana jawapan itu merupakan kelegaan bagi mereka yang juga
bengang pertanyaan wartawan tersebut. Walaupun sudah lama jawapan seumpama ini
digunakan oleh artis sebagai perisai mereka namun jawapan ini masih lagi
popular dan segar sehingga ke hari ini.
Sumber: http://murai.com.my
Mari kita lihat
jawapan artis ini.
Sharifah Amani
turut menggunakan jawapan no komen dan diikuti dengan penjelasan mengapa
dia memberikan kenyataan sedemikian. Mungkinkah ini ada kaitannya dengan
perasaan terkilan Sharifah Amani yang tidak berjaya tercalon namun cuba
menyembunyikannnya? (rasa macam wartawan pula).
Sekurang-kurangnya
jawapan Sharifah Amani tidak menimbulkan banyak persoalan daripada para
wartawan setelah memberikan penjelasan yang sudah cukup munasabah itu, dan yang
paling penting, artis ini menggunakan Bahasa Kebangsaan kita bagi
menjelaskan kenyataan yang diberikan. Oleh itu, mungkin akan timbul sebarang
syak wasangka daripada wartawan dan pembaca sekiranya hanya memberikan
kenyataan no comment sahaja!
No comments:
Post a Comment