Mengapa pelajar gembira apabila kelas dibatalkan? Apabila kelas
batal, masa yang ada boleh digunakan untuk balik ke tempat kediaman
masing-masing merehatkan minda, melayari laman web dan yang paling disukai
ramai ialah tidur. Situasi semasa pengumuman kelas dibatalkan;
Pensyarah: Perhatian kepada semua, kelas pada minggu depan dibatalkan. Oleh itu, gunakanlah masa yang ada untuk menyiapkan tugasan masing-masing.
Pelajar: Laaa, kenapa batal
dr.? tak best lah kalau macam tu.
Pensyarah: Tak payahlah
tanya kenapa, saya tahu kamu suka kelas batal.
Kelihatan pensyarah
itu sangat memahami karenah pelajarnya. Daripada soalan yang diajukan oleh
pelajar, pensyarah sudah boleh mengesan reaksi sebenar pelajar. Kerana apa yang
difikirkan oleh seseorang tidak semestinya boleh digambarkan dengan kata-kata
tetapi dengan bahasa tubuhnya juga. Tetapi ada juga pensyarah yang agak bijak
bermain dengan situasi;
Pensyarah: Esok kelas
batal ye semua.
Pelajar: Kenapa pula
dr.? Tak suka lah kelas batal. (sambil tersengih-sengih kegembiraan)
Pensyarah: Oh, kalau
macam tu, kelas tak jadi batal. Semua kena datang kelas esok.
Pelajar: Alamak!
(kecewa)
Oleh itu,
bahasa tubuh perlu digunakan bersesuaian dengan kata-kata yang hendak
diungkapkan. Ataupun dengan kata lain, belajarlah menggunakan bahasa tubuh dengan
sebaiknya untuk meyakinkan orang lain.
No comments:
Post a Comment