Cara si jejaka-jejaka yang kurang tampan menarik perhatian si
anak dara yang sedang lalu dan tidak endah akan kehadiran jejaka-jejaka ini
adalah dengan mengeluarkan bunyi: “Peewit!”. Apakah reaksi si anak dara? Mungkinkah
dia perasan, teruja atau gembira? Ataupun dia geram, menyampah atau ingin
melemparkan batu ke arah jejaka-jejaka ini?
Dahulunya cara
ini sangat popular dalam kalangan jejaka-jejaka yang boleh dikatakan kurang
laku. Dengan harapan mereka menemui jodoh apabila membuat usikan sedemikian. Namun
pada masa ini, dunia semakin canggih, tidak perlu “peewit” lagi, malah semuanya
mudah dengan hujung jari sahaja. Adanya Facebook, Tweeter dan tidak ketinggalan
juga telefon bimbit yang canggih, semuanya membantu untuk menarik perhatian si
dia yang menawan.
Walaupun dunia
sudah canggih, namun tidak dinafikan usikan yang digunapakai dahulu masih
diamalkan sekarang. Malah dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah
rendah. Pernah sekali saya terlihat dan terdengar pelajar lelaki sekolah rendah
yang sedang menunggu di perhentian bas mengusik pelajar perempuan yang melalui
perhentian bas tersebut. Kelihatan pelajar perempuan itu malu dengan muka yang
merah padam. Kemudian pelajar perempuan ini memarahi lelaki yang mengusiknya. Sebaliknya
sekumpulan pelajar lelaki yang mengusiknya itu mentertawakan perempuan
tersebut. Pelajar perempuan itu pun
terus beredar sambil menahan air matanya. Sememangnya pada usia pelajar sekolah
rendah, sensitiviti mereka masih tinggi.
Sepatutnya
semenjak kecil lagi, anak-anak perlu diterapkan kesantunan berbahasa. Agar perkara
seperti di atas tidak lagi terjadi. Kerana ianya boleh menyinggung perasaan
pihak kedua (mangsa keadaan). Jika anak-anak tidak diterapkan kesantunan
berbahasa, sudah pasti perkara ini akan bertambah parah apabila mereka
meningkat remaja kelak. Mereka akan mudah mengungkapkan bahasa kasar kepada
orang-orang sekeliling mereka.
Adalah lebih
elok sekiranya ucapan salam dengan senyuman (itu satu sedekah) yang diberikan
kepada orang yang ingin diusik itu. Sekurang-kurangnya bersopanlah jika mahu
menyapa agar tidak dianggap seorang yang biadap. Kerana bahasa itu mencerminkan
peribadi kita. J
No comments:
Post a Comment