Kebiasaanya perkataan untunglah cenderung
digunakan oleh kaum wanita. Jarang sekali kita dengar perkataan ini dari kaum
lelaki. Hal ini kerana wanita lebih bijak berkias daripada kaum lelaki. Apabila
kita memberitahu berita gembira kepada rakan-rakan. Ada antaranya yang;
Rakan: untunglah
dapat masuk UPSI...
Cuba
kita tafsir makna perkataan itu daripada perspektif perasaan si penyampai.
Kelihatan ada nada-nada cemburu kan? Ada antara kita yang menyangka penggunaan
perkataan untunglah adalah untuk memuji. Tetapi sebenarnya tidak. Ia
merupakan sindiran kepada seseorang.
Dunia
sekarang ini dipenuhi dengan ungkapan untunglah. Seiring dengan kemajuan
teknologi, ianya pantas tersebar bagaikan virus komputer. Dengan adanya alat
elektronik canggih seperti Iphone, Ipad, Laptop dengan kepantasan i3, i5 dan i7
serta bermacam-macam alat lagilah yang bermula dengan huruf i maka orang
ramai pasti berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Ada golongan yang mampu
mendapatkannya dengan mudah. Maka begitu jugalah mudahnya perkataan untunglahkeluar
dari mulut-mulut orang yang juga menginginkan alat-alat ini.
Untunglah
ada Iphone!
Wah, dah ada Galaxy Tab! Untunglah.
Banyak duit boleh beli semua benda, untunglahawak.
Dia dapat kahwin anak Dato’? untunglah.
[Jika
diikutkan hati yang tengah panas, mahu saja kita membalas;'kasihannya awak tak boleh dapat semua tu...'(tapi
mana mungkin orang sebaik kita mahu mengatakan sedemikian kerana kita sentiasa
ingat bahawa sabar itu separuh daripada iman)]
Betapa
berleluasanya penggunaan untunglah. Kelihatan seperti menggembar-gemburkan
keuntungan orang lain. Cerita sedikit, tetapi sambutan banyak. Tidak dinafikan
juga ada yang berasa bengang dan tersinggung dengan ungkapan sedemikian. Kerana
ada yang menggunakan perkataan ini untuk mengejek, iaitu yang menggunakannya tidak kena pada
tempat dan waktunya. Contohnya;
Seorang wanita berkunjung ke rumah rakannya yang
sudahpun mempunyai lima orang anak.
Siti: Wah, Fatimah, bukan main meriah rumah kau
semenjak dah ada lima orang anak. Aku ni seorang pun tak ada lagi. Untunglah orang tu ada ramai anak (dengan nada sinis).
Fatimah: Untung? Ingat tak sakit beranak?
Begitulah
lumrah lumrah hidup manusia, terkadang terkilan oleh dek panahan kata-kata.
Tetapi usah berkecil hati usah bersedih. Kepada sesiapa yang sering dihujani
dengan perkataan untunglah, terimalah ia secara positif dan dengan hati
yang tenang. Apabila cukup 40 orang mengatakan untunglah kepada anda
maka beruntunglah anda kerana ia merupakan doa kepada anda agar benar-benar
mendapat untung dalam kehidupan. Sentiasalah beringat, bahasa itu cerminan
peribadi J
No comments:
Post a Comment