Pernah tak anda mendapat pujian
seperti:
Wah! Semakin sihatlah
awak?
Ramai
yang mengetahui maksud disebalik ungkapan ini. Tetapi ada juga yang masih
tertanya-tanya mengapa mereka menerima pujian sedemikian sedangkan muka mereka
kelihatan kusam, bermata kuyu dan badan lemah-gemalai. Jika diterjemah maksud
sebenar ungkapan di atas, maknanya orang yang ditujukan pujian itu sebenarnya
agak berisi. Ungkapan tersebut adalah untuk menggantikan;
Wah! Semakin berisi/gemuklah
awak!
Kebanyakkan
orang Melayu sekarang lebih selesa menggunakan perkataan sihat untuk
menggantikan maksud gemuk/berisi untuk tidak menyinggung perasaan orang
yang ditujukan makna itu. Mungkin ada juga yang berkecil hati tetapi tidaklah
terlalu terasa sangat berkecil hati kerana orang yang menujukan makna itu tidak
terlalu berterus terang. Bayangkan jika ada orang yang menyapa anda seperti:
Eh! Awak gemuklah!
Sudah
tentu anda akan berasa tersinggung kerana mengkritik fizikal anda secara
terang-terangan dan mungkin juga anda ingin memberi buku lima kepada orang itu? Siapa tahu? Oleh itu, gunakanlah istilah yang lebih sopan sekiranya hendak
mengkritik pun.
No comments:
Post a Comment