Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Diari 22: Dialek Kelantan: Teman Wanita


Masih terbayang-bayang percutian di Kelantan walaupun sekejap sahaja. Mungkin tertarik dengan dialek yang digunakan atau mungkin juga MAKANANNYA. J

          Saya masih teringat waktu mula-mula sampai di rumah rakan saya yang terletak di Jeli di Daerah Melintang. Dari UMK terus ke rumahnya. Dia dan sepupunya mengambil saya dari UMK dengan kereta Honda. Kebetulan sepupunya ialah lelaki dalam lingkungan umur saya dan sangat mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan saya tidak kekok sepanjang perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu.

          Sebaik sahaja sampai di rumah rakan saya, kelihatan ramai sanak-saudaranya menunggu di halaman rumah. Terasa bagaikan artis disambut dengan peminat-peminat. Saya menghulur tangan untuk bersalaman dengan mereka satu-persatu kemudian kedengaran bunyi-bunyi yang agak mencuit hati daripada sepupu rakan saya itu;

Sepupu: wah! Gewe abe dah sapai! Comey gewe abe!

Bahasa Melayu baku: Wah! Teman wanita abang dah sampai! CANTIK TEMAN WANITA ABANG!

          Saya tersenyum bukan kerana tidak faham tetapi sangat memahami maksud tersebut. Abe yang dimaksudkannya ialah lelaki yang bersama-sama rakan saya tadi. Abe itu pun turut tersipu-sipu malu tanpa berkata apa-apa. Mereka menyangka saya teman wanita abe empunya Honda itu. Hendak menafikan, segan terasa. Jadi saya biarkan sahaja usikan itu untuk memeriahkan suasana. Hal ini membuatkan saya tertarik untuk menguasai dialek Kelantan kerana rasa gembira dan puas hati sekiranya kita mampu memahami apa yang mereka katakan apatah lagi dapat berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan dialek mereka.

Monday, 8 October 2012

Diari 8: Jawapan Popular(Skema) Artis: 'No Comment'


Satu lagi fenomena yang melanda dunia artis di Malaysia. Tidak kiralah artis itu Melayu ataupun bukan Melayu, kita sering mendengar jawapan no comment mereka apabila tidak mahu memberitahu sesuatu isu yang berkaitan dengan peribadi mereka. Jawapan ini sudah tentunya menjengkelkan bagi para wartawan yang cuba membongkar isu peribadi artis tersebut. Tetapi tidak bagi artis tersebut kerana jawapan itu merupakan kelegaan bagi mereka yang juga bengang pertanyaan wartawan tersebut. Walaupun sudah lama jawapan seumpama ini digunakan oleh artis sebagai perisai mereka namun jawapan ini masih lagi popular dan segar sehingga ke hari ini.
 
          Mari kita lihat jawapan artis ini.
          Sharifah Amani turut menggunakan jawapan no komen dan diikuti dengan penjelasan mengapa dia memberikan kenyataan sedemikian. Mungkinkah ini ada kaitannya dengan perasaan terkilan Sharifah Amani yang tidak berjaya tercalon namun cuba menyembunyikannnya? (rasa macam wartawan pula).
          Sekurang-kurangnya jawapan Sharifah Amani tidak menimbulkan banyak persoalan daripada para wartawan setelah memberikan penjelasan yang sudah cukup munasabah itu, dan yang paling penting, artis ini menggunakan Bahasa Kebangsaan kita bagi menjelaskan kenyataan yang diberikan. Oleh itu, mungkin akan timbul sebarang syak wasangka daripada wartawan dan pembaca sekiranya hanya memberikan kenyataan no comment sahaja!